Home

03 July 2011

Teruskan Berlari


Teruskan berlari

Jauh sudah aku berlari
Namun masih belum kutemu jalan yang pasti
Aku makin keliru, benarkah jalan ini yang harus dilalui?
Ku sendiri tak mengerti, akhirnya ku kelu sendiri

Ku teruskan berlari
Mungkin ada sesiapa yang akan mengenali
Aku tercungap-cungap sendiri
Sepi..itu sahaja yang menemani

Ku berlari lagi
Percaya akan pertolongan Ilahi
Namun makin kuat desakan yang menghimpit hati
Benarkah aku kini sendiri?

Ku tidak percaya, namun terus berlari
Tidak terlihat sedikitpun kelibat diri
Hanya bayang-bayangku dari tadi yang tak jemu mengekori
Setiap hayunan langkah yang aku susuri

Kata hati, teruskanlah berlari
Kerana terkadang hidup ini kita mungkin akan sendiri
Tanpa teman-teman tersayang di sisi
Namun jangan dilupa akan kasihnya Tuhan yang abadi
Yang tidak akan pernah meninggalkan kita walaupun seinci


NUKILAN : MHZAEY

0 comments:

 
Powered by Blogger.

:: Aku Tetap Aku ::

My photo
• Hamba ALLAH • Photographer

:: Diskusi ::

:: Labels ::

:: Followers ::