Home

28 August 2011

Penghargaan

Alhamdulillah, balik semalam bila buka facebook, ade notifications dari satu group Fotografi di FB. 'Kembara Tukang Gambar'. Jadi aku pon buka link tersebut dan alangkah terkejutnya apabila gambar aku telah dipilih sebagai gambar terbaik untuk tema minggu itu iaitu REFLECTION. Rasa sangat puas hati dan dihargai bila melihat hasil kita dipilih oleh orang lain sebagai yang terbaik. Walaupun hasil tu bukanlah setanding sifu2 photography yang ada, namun sudah cukup menggembirakan hati. Maklum sajalah, biasanya gambar tak lawa tapi bile menang sekali, mesti la seronok. Hehe. Apepun, gambar yang tersebut itu seperti di bawah :


Gambar ini diambil pada 3 Ramadhan lepas di Masjid Terapung Kuala Ibai. Ketika tu, aku keluar seorang saja, jadi tiada siapa yang nak mengajar. Hanya cuba-cuba jaya. Hehe. Berikut ialah komen dari group 'Kembara Tukang Gambar'.


Semoga penghargaan ini memberi semangat untuk aku terus mengambil gambar2 yang lebih baik. Terima kasih KTG!!

27 August 2011

Salam Aidilfitri 1432 H



Dalam gurau ada terkata,
Dalam bicara terkasar bahasa,
Dalam tindakan terguris rasa,
Dalam hidup tidak lepas dari dosa,
Dalam janji mungkir terpaksa,
Ampun dan maaf segera dipinta,
Semoga terhapus segala dosa,
Agar persaudaraan kekal selamanya.
Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada keluarga, semua sahabat-sahabat di SHAMS, IIUM, DM dan juga kepada semua yang mengenali diri ini.
Maaf Zahir dan Batin


Muhammad Hilmi b Zaid (Mizek)
8.04 PM
27 Ramadhan 1432 / 27 August 2011
Kg Makam Kepong, KT


23 August 2011

Bunga Bukan Sekuntum - Part II



















22 August 2011

Pantai SPM

Pagi 22 Ramadhan, diri ini berpeluang mengambil gambar sunrise di pantai belakang SMAASZA, pantai yang menjadi favourite waktu selepas SPM dulu kala. Sebenarnya aku ditugaskan untuk menghantar Ain dan Syamil ke sekolah pagi itu di Sekolah Sri Budiman. Jadi, kesempatan keluar awal pagi di manfaatkan melihat ciptaaan Allah di bumi Terengganu. Biasanya jarang sekali keluar awal pagi. Maklum sahajalah sebagai seorang penganggur berdaftar di rumah sendiri, jam 10 atau 11 barulah mata ini celik. Hehe. Jadi selepas menghantar budak2 ke sekolah, aku singgah ke pantai nak tengok sunrise. Subhanallah, sungguh cantik dan nyaman dengan suasana pagi. Dengan burung2 terbang rendah. Terasa amat tenang sekali. 

Jadi, di bawah ada la beberapa keping gambar yang sempat diambil. Tapi bukanlah pandai sangat amik gambar sunrise ni. Layan jela. :)










Setibanya di rumah, nampak pula si Mira dan Qila bermain di laman rumah. Cahaya pagi amat menarik pagi tu. Maka, cubalah bermain backlighting dengan talent yang ada. Hehe. 




18 August 2011

Bunga Bukan Sekuntum - Part I



















 
Powered by Blogger.

:: Aku Tetap Aku ::

My photo
• Hamba ALLAH • Photographer

:: Diskusi ::

:: Labels ::

:: Followers ::