Pagi 22 Ramadhan, diri ini berpeluang mengambil gambar sunrise di pantai belakang SMAASZA, pantai yang menjadi favourite waktu selepas SPM dulu kala. Sebenarnya aku ditugaskan untuk menghantar Ain dan Syamil ke sekolah pagi itu di Sekolah Sri Budiman. Jadi, kesempatan keluar awal pagi di manfaatkan melihat ciptaaan Allah di bumi Terengganu. Biasanya jarang sekali keluar awal pagi. Maklum sahajalah sebagai seorang penganggur berdaftar di rumah sendiri, jam 10 atau 11 barulah mata ini celik. Hehe. Jadi selepas menghantar budak2 ke sekolah, aku singgah ke pantai nak tengok sunrise. Subhanallah, sungguh cantik dan nyaman dengan suasana pagi. Dengan burung2 terbang rendah. Terasa amat tenang sekali.
Jadi, di bawah ada la beberapa keping gambar yang sempat diambil. Tapi bukanlah pandai sangat amik gambar sunrise ni. Layan jela. :)
Setibanya di rumah, nampak pula si Mira dan Qila bermain di laman rumah. Cahaya pagi amat menarik pagi tu. Maka, cubalah bermain backlighting dengan talent yang ada. Hehe.
0 comments:
Post a Comment